Jom Claim Kredit e-Wallet RM100 Mulai Hari Ini 4 Disember (eMadani)

 


Jangan lupa untuk tebus kredit e-Wallet RM100 anda yang akan dibuka pada 4 Disember sehingga 20 Februari  2024. 

10 juta warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan keatas, dan sama ada penerima STR atau berpendapatan tahunan RM 100,000 dan ke bawah layak menerima kredit e-Wallet RM 100 sekali setiap orang. 

Empat penyedia perkhidmatan e-Wallet yang menyertai progam ini ialah MAE, Setel, ShopeePay dan Touch 'n Go e-Wallet. Tawaran e-Kredit boleh ditebus menerusi empat aplikasi yang dinyatakan. 



InfoGrafik: Penebusan Kredit e-Wallet RM100

Bagaimana cara untuk memohon Kredit e-Wallet RM100 ini? 


InfoGrafik: Cara untuk memohon kredit e-Wallet RM100


4 Penyedia e-Wallet eMadani RM100 

  • Touch N Go e-Wallet 


  • Aplikasi SETEL

  • Aplikasi MAE


  • Aplikasi ShopeePay



Anda boleh mula menebus kredit e-Wallet RM100 anda pada 8.00 pagi,  4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 20224 melalui aplikasi yang sudah dinyatakan. Penggunaan kredit RM 100 ini hanya boleh dibelanjakan secara fizikal sahaja sehingga 29 Februari 2024. 

Jangan lupa untuk menebus kredit eMadani anda! 

Soalan Lazim (FAQ)


Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua. Sebarang soalan boleh tulis di ruangan komen. 





Ulasan

Catatan Popular